Saturday, February 11, 2012

saya nak kahwinnnnnn !

hahaha. tajuk entry yg paling gila pernah dibuat. sambil menyanyi lagu 'oh mama aku mahu kahwin, kahwin dengan siapa, dengan siapa sahaja'. sesungguhnya org desperate nak kahwin mcm sy mmg akan mcm nie tiap kali mood swing. ngee

jelas sy nak cakap mmg sy nak kahwin pun tapi yowla sbg parents mesti laa berat hati kan nak lepaskan anak kahwin muda nie. orang sekarang tak matang mcm orang dulu. orang dulu16tahun tu dah kahwin or maybe ada yg dah beranak pinak pun. sekarang nie umur 20tahun mcm sy nie baru nak mengenal apa itu erti 'cinta'. itupun kalau dan kenal laa. kan? kan? berbezanya orang dulu ngan sekarang mungkin sbb kita terlalu dimanjakan.thats why laa kita matang lambat. yowla kalau pergi balik sekolah pun beramik berhantar. haishhh ! bila masa laa kita nak berdikari kan. tapi nak salahkan siapa? kita atau parents kita? errr ! no comment. tetttttt !

berbalik pada tajuk entry kali nie. persoalannya kahwin muda tu sesuatu perkara yg baik ke? lately, byk jugak laa sy baca article pasal kahwin muda nie. hee. gatalnya laa kan? muahahahaha. bukan apa laa. cuma nak lengkapkan ilmu didada. ehhhh ! iya ke? mcm tidak aje. enough ! hurm. bila dipandang dari sudut positif kahwin muda nie dapat elakkan fitnah orang. kan? takde laa orang nak kata kita nie kehulur kehilir dengan takde ikatan yg sah pun tapi dah mcm belangkas. sedangkan kita bukan laa buat pape pun tapi orang mana tau kan. apa yg dorang pandang buruk tetap buruk. mulut manusia mana kita boleh tutup. selain tu kahwin muda nie dapat elak dari berbuat maksiat. at least dapat laa kita kurangkan kadar pembuangan bayi. kan? nmpk kasar ayat tapi mmg betul pun bila manusia dah hilang pedoman apa laa yg dorang peduli janji lepas. hurm. dalam islam pun menggalakkan kita kahwin muda. rasulullah jugak berkahwin muda. kan? ikut sunnah tu. dapat pahala lagi. kita pun ada orang yg nak jagakan, ada orang nak bimbing. takde laa hidup nie asyik nak enjoy aje. masa depan pun kita dah nampak.

akan tetapi sy rasa kahwin muda nie ada jugak bad side dia. lebih banyak kutt compared to good side. yang paling ketara ialah masalah yg dihadapi selepas berkahwin nanti. mampu ke tidak kita nak hadapi dalam keadaan kita yg berdarah muda. semua nak ikut kepala kita aje. biasalah in marriage life kan kita dah berdua tak sama waktu kita single dulu. apa pun keputusan kita yg buat. tapi bila dah kahwin nak kena mntk persetujuan incik suami lg. kalau sehaluan takpe laa. kalau tidak? haishhhh ! tak dapat laa nak dijawab sbb sy pun belum berkahwin lg. lepas tu bahagia ke tak kehidupan selepas berkahwin. tapi yg nie bukan laa faktor usia punca utama. ada jugak orang yg dah berusia berkahwin tp bercerai jugak. so bukanlah masalah besar i think. dalam keadaan dunia yg semakin mencabar nie, semua barang kalau boleh nak naik harga. dan sah-sah laa keadaan kewangan bagi mereka yg kahwin muda nie belum kukuh. am I right? segan laa kalau lepas kahwin pun nak mintak duit kat parents sbb dah bukan jadi tanggungjawab parents kita pun. masalah jugak tu. mana nak beli kasut, baju, handbag. hahahaha. joking aje. itu tak termasuk dlm perbincangan. ngee. ada byk lagi tapi penat laa nak huraikan. sampai sini aje. 

so? conclusionnya apa? bila ditanya sy, sy tak kisah pun kahwin muda ke lambat ke. kalau allah kata jodoh sy awal, sy terima aje laa. siapa kita nak lawan takdir kan. lagipun buat apa nak bercinta lama-lama. bukankah indah bercinta selepas kahwin. tiada batasan. semuanya halal di mata allah. indah ! jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditangan tuhan. kita sbg manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yg tentukan. berkenaan jodoh kita, tak salah utk mencari pemilik sebahagian dari hidup kita tapi biarlah berpada. tapi sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan dengan kehidupan, tanya sama diri. bersediakah kita? kalau cukup yakin dengan jawapannya insyaallah maka yakin laa kita dengan masa depan kita. :))

1 comment:

Iera balqis said...

hey ! tolong follow blik blog sye..tq :)