Sunday, November 20, 2011

hidup ini sangat adil

aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, IA beri kaktus berduri.
aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu.
aku sedih dan kecewa.
namun kemudian.....
kaktus itu berbunga dan indah sekali.
ulat itupun berubah menjadi kupu-kupu yg cantik.
itulah jalan tuhan, indah pada masanya !
TUHAN tidak memberi apa yg kita harapkan,
tapi IA beri apa yg kita perlukan.
kadang kita sedih dan kecewa,
tapi jauh diatas segalanya IA sedang mengatur yg terbaik dalam kehidupan kita.

sgt mendalamkan maksud nie? betul. suatu ketika saat aku taknak sesuatu yg paling berharga dlm hidup aku, saat aku nak buang dia jauh-jauh. tapi tak sangka itulah penguat aku skrg, pemberi kekuatan. kehidupan aku skrg termasuk masa depan. 'all my life for him'.
percayalah ! jgn pernah sesal ngan apa yg terjadi. bersyukur ngan apa yg jadi. things happen for a reason. kita takkan nampak skrg tapi suatu hari nanti. nak bercerita pengalaman, sampai esok pun belum tentu habis. dlm kehidupan, ada jatuh bangun kita. iya, duluuuu aku pernah jatuh yg tergolek-golek sampai nak bangun pun aku rasa tak mampu. aku rasakan kehidupan sgt tak adil. di saat aku nak mencapai langit disitu tu laa aku mula collapse. tapi bila difikir balik, dari situ laa aku tau sape yg akan ada di saat kita susah. sape yg akan menjauhkan diri. semuanya kita akan nmpk. alhamdulillah, aku ada family yg tak pernah lari di saat aku susah, sentiasa ada saat jatuh bangun aku. aku terpaksa mulakan kehidupan mcm baby baru lahir. kena belajar mcm mana nak jalan, merangkak, berjalan dan berlari. kehidupan dirasakan payah. scary kan? hurm. tp itulah yg aku rasakan. terpaksa mulakan kehidupan baru. bermula dari bawah.
hurm.
dlm hidup jgn terlalu bodoh, terlalu percaya org, terlalu sayang org. kata ibu, takde istilah kawan baik dlm dunia nie. tu laa yg jadi prinsip aku skrg nie. berkawan boleh tapi berpada. kawan waktu kita senang RAMAI, tapi kawan waktu susah, sedih, kecewa sgt bole dikira. kannnn? ibu, i wanna hug. the best medicine is a mother's hug.
kata babah, lupakan yg lalu. jgn ulangi. jadi yg terbaik. babah ! i miss you. walaupun adik rasa babah sgt jauh saat dan ketika ni. tapi sayang adik tetap sama dan tak berubah. you're the most awesome daddy in the world.

nota kaki : maaf kalau penggunaan bahasa "aku" dirasakan kasar. saja nak rasakan pembaca ngan saya dekat. ngee. :):):)

No comments: