Saturday, October 8, 2011

cinta dan sayang

assalamualaikum,

okay. actually saya boring yg amat sbb tatau nak buat apa and si dia pon busy dengan mini project yg memaksa dia buat video clip. ouhhhh ! pakcik. buat betulbetul k. saya yakin awak bole. minat awak kan? impian awak kan? insyaallah. chaiyyokkkk ! dah siap nanti jgn lupa tunjukkan saya k.

bercerita soal title dia atas 'cinta dan sayang' saya rasa sangat subjektif, meluas dan berbeza bg setiap orang. and for sure kita mesti pernah jatuh cinta, terasa ingin disayang. kan? kan? jgn nak tipu laa kalau tak pernah. sooooooooo? apa yg saya nak cakap mudah, simple and saya pendekkan. jgn bodoh kerana cinta. bercinta tu bole tapi biar laa berpada. berdasarkan pengalaman (acececeh, mcm dah besar sangat nak bercerita pengalaman) hurm. :) :) :)

yes, sekarang saya tengah merasai apa itu nikmat bercinta dan bersayang sayang dan alhamdulillah saya diketemukan dengan orang yg sangat memahami saya. sentiasa mendukung saya so far. saya harap ianya sampai ke akhir. iya, sayang dan cinta adalah sesuatu yg berbeza tapi bila dlm percintaan mesti kena ada keduanya. kan? kan? saya tak salah cakap kan. ngee. bila bercinta kita akan sentuh soal hati. dua hati disatukan dengan satu rasa. tapi apa yg saya tau bila bercinta nie kita mesti saling memahami, saling menerima apapun kelebihan dan kekurangan masing masing, saling melengkapi dan mempercayai, seseorang yg bole bagi kita kekuatan bila ianya semakin pudar dlm diri kita, seseorang yg bole bagitau kita sentiasa terima kenyataan dan pandang kedehadapan. dan yang penting dia menyintai kita apa jua pun kita.

cuma,,
jangan bercinta bila kita sendiri tak bersedia dan bila kita sendiri tak kisah akannya. jangan bg harapan seandaiya kita tau kita takde pun perasaan tu. jangan mula seandainya kita tau pengakhirannya. mulakan seandainya kita tau ianya selamanya kita sedaya upaya mencuba terbaik.

yang ikhlas,
nurfatinzolkarnain :)

2 comments:

sekamar rindu said...

cinta dan sayang dua perkara yg berbeza..

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.

pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

sayang pula.

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda.

Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

sr

nurfatin zolkarnain said...

iya. sy paham maksud SR. thankyou :)